Dkipos.com -Sejak pada 7 Januari, wartawan Palestin Anas El-Najar mengumumkan untuk menamatkan liputan akhbarnya. Langkah itu kemudian turut dilakukan oleh Ismail Jood, 3 hari kemudian yang mengeluarkan kenyataan:

Di kutip dari telegram stand muslim kabar AL-AQSSA

“Mencari keselamatan untuk keluarga adalah pilihan yang lebih baik daripada membuat liputan untuk dunia yang tidak tahu erti kemanusiaan dan belas kasihan.”

Pada hari yang sama kenyatan itu dikeluarkan, wartawan Mustafa Thuraya dan Hamza Al-Dahdouh, anak sulung kepada Wael Al-Dahdouh, dibunuh sekaligus membuktikan kebenaran kata-kata Jood.

Pengakuan secara terbuka oleh Israel untuk menyasarkan wartawan dan melabel mereka sebagai pengganas telah memaksa sebahagian wartawan Palestin untuk tidak memakai jaket yang tertulis ‘Press’ untuk mengelakkan mereka dikenalpasti dengan mudah.

Sejak 7 Oktober, media Palestin telah berjaya meruntuhkan kekeliruan yang telah lama disusun oleh rejim Israel. Dan sejak itu 118 wartawan telah dibunuh setakat pertengahan Januari.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *